Semua orang memang pandai membuat janji
tetapi tak ramai yang pandai mengotakan janji
setiap kata yang dilafazkan
kadang-kadang tak membawa erti
tanpa kita sedari
hati kita tertipu dengan janji yang diberi
sememangnya janji hanya tinggal janji
kerana manusia senang terpedaya pada janji
janji manis tapi tak semanis apabila tidak ditunaikan
janji yang dilafazkan tidak seiring dengan
perbuatan yang dilakukan
memang janji susah untuk dipercayai lagi
kerana janji yang dibuat
hanya melalui kata-kata yang tak pasti
dan sememangnya janji hanya tinggal janji...
No comments:
Post a Comment