Thursday, 27 June 2013

tAk sEiNDah miMPi...

Hidup ni tak seindah mimpi
apa yang kita inginkan
tak semuanya dapat
kehidupan pula tak selalunya bahagia
kadang kala kesedihan datang menerpa
jiwa bagaikan kosong tanpa
kehadiran insan yang dapat mengubatinya
hati meronta dan menangis
di saat cinta kecundang
menagih kasih pada cinta yang palsu
hanya membawa kesengsaraan
yang memberi kesan dalam hidup
diri ni hanya menanti cinta sejati 
dari insan yang bergelar lelaki
sememangnya hidup ni tak seindah mimpi
mengharapkan sesuatu yang tak pasti
yang tak mungkin terjadi....

hANyA tiNgGaL jANji...

Semua orang memang pandai membuat janji
tetapi tak ramai yang pandai mengotakan janji
setiap kata yang dilafazkan
kadang-kadang tak membawa erti
tanpa kita sedari
hati kita tertipu dengan janji yang diberi
sememangnya janji hanya tinggal janji
kerana manusia senang terpedaya pada janji
janji manis tapi tak semanis apabila tidak ditunaikan
janji yang dilafazkan tidak seiring dengan
perbuatan yang dilakukan
memang janji susah untuk dipercayai lagi
kerana janji yang dibuat
hanya melalui kata-kata yang tak pasti
dan sememangnya janji hanya tinggal janji...