Cinta itu sangat indah
ketika salam sayang bertautan
cinta itu membahagiakan
disaat bersama dengan orang tersayang
cinta itu menyeronokan
bila bersulam kasih dan sayang
cinta itu mendamaikan
sentiasa bersama susah dan senang
cinta itu menyegarkan
seperti embun di pagi hari
cinta itu buta
membuatkan kita alpa
cinta itu menyakitkan
bila hati dikecewakan
semuanya indah kerana cinta itu
dan disaat diri dikecewakan
cinta itu amat menyakitkan
tanpa sedar hati yang sebelum ni mekar
kerana cinta yang palsu
kerana cinta itu
jiwa menjadi suram
hati merasa kosong
sangat indah bila cinta yang dikejar
adalah cinta hakiki
hanya cinta pada yang Maha Esa
kerana cinta itu lebih indah
disitu lahirlah cinta sejati
seperti yang dijanjikan....
No comments:
Post a Comment